Cinta memang indah. Pada permulaan semuanya berjalan lancar. Anda begitu yakin bahwa tidak ada yang berlaku. Kusangkakan panas hingnga ke petang tetapi hujan di tengahari. Anda dan pasagan mula nya bergaduh. Sedikit perselisihan faham dipendam begitu saja tanpa dikongsi kerena bimbang hanya akan merusakkan bunga cinta yang sedang berkembang. Akhirnya ia membesar dan tidak dapat dibendung lagi. Konflik pun berlaku. Anda mulai merasakan si dia telah berubah dan tidak lagi menyayangi anda. Si dia pula menyalahkan anda kerana tidak memahaminya. Akhirnya tercetuslah apa yang tidak diingini yaitu perpisahan atau penceraian.
Salah satu faktor konflik ini berlaku adalah kerana kegagagalan kita untuk memahami "bahasa cinta"pasangan kita sendiri. Kita tidak tahu perkara sebenar yang diinginkan oleh pasangan. Coba banyangkan sebentar, mungkin konflik ini berlaku disebabkan pasangan anda seorang yang mempunyai kod Introvert. Introvert adalah, seorang yang kurang menggemari aktiviti sosial. Pasangan anda lebih suka untuk menghabiskan hari-hari nya dengan bersendirian. Bagi Introvert, berada di tempat yang ramai agak susah dia menerima nya,.
Suatu hari pasangan anda yang pendiam ini pun balik dengan keadaan murung.tiba-tiba timbul perasaan kasihan dan risau anda dengan masalahnya. Anda ingin membantu, “Ada apa dengan kamu sayang?” Tetapi malangnya, anda seseorang yang tidak bisa menerima sembarang respon. Si dia hanya menjawab tidak ada apa-apa. Lalu anda merasakan bahwa pasangan tidak ingin berkongsi dengan anda. Perasaan tersinggung ini disimpan. Lama-kelamaan dia nya membesar dan mencetuskan konflik.
Tetapi sebenarnya tahukah anda bahwa pasangan bukan tidak mau berkongsi? Si dia mempunyai gaya perilaku sebagai seorang Introvert. Si dia memerlukan ruang untuk dirinya berfikir tentang masalah tersebut, Sebagai seseorang yang memahami personaliti pasangan, anda akan tahu bahwa jika pasangan anda tidak ingin berkongsi bukan bermakna tiada lagi cinta antara anda berdua. Anda akan faham bahwa sebenarnya pasangan anda hanya mau sedikit ruang untuk memikirkan masalah tersebut. Jadi, tiadalah perasaan itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar